Posts

3 Jenis Background Yang Selalu Digunakan Dalam Fotografi Makanan.

Image
1. Background yang terang/cerah Makanan terang sesuai untuk warna latar yang terang. Ia secara tidak langsung memberi penekanan pada subjek yang ingin difokuskan. 2. Background gelap Biasanya makanan yang gelap sesuai untuk warna latar yang gelap. 3. Latar bermotifkan kayu Latar yang bermotifkan kayu seperti meja dan papan pemotong sesuai untuk semua jenis makanan.

Ambil gambar dari angle yang berbeza

Image
Selain dari menggunakan teknik biasa dalam memotret gambar, saya juga gemar mencuba sesuatu yang baru dalam usaha menghasilkan gambar yang unik & menarik. Di bawah ini gambar yang saya shot dari beberapa angle yang berbeza.

Tips Hasilkan Gambar Makanan Yang Meleleh!

Image
1. Gunakan cahaya semulajadi. Cahaya semulajadi (matahari) adalah sumber cahaya yang terbaik. Elakkan guna lampu buatan atau flash dari lensa kamera fon anda. 2. Cari tempat/kawasan yang sesuai. Ambil gambar makanan tidak semestinya dari dapur sahaja. Mungkin cahaya terbaik di waktu pagi ada di ruang tamu rumah anda. Manakala cahaya matahari yang cantik di waktu petang pula di dalam bilik. 3. Ambil gambar dari pelbagai sudut yang berlainan. Ada makanan yang sesuai di ambil dari atas seperti pizza. Ada pula lebih cantik & menyelerakan jika di ambil dari sisi seperti beger. Bagi minuman pula, ia lebih sesuai di shot pada sudut 45 darjah.  4. Susun atur (styling) makanan.  Susun/aturkan objek di atas background supaya nampak cantik & kemas. Objek boleh diletakkan secara rawak (berselerak) atau dalam keadaan tersusun. Pendek kata, terpulang pada kreativiti masing-masing.   Rakamkan keenakan dan rupa makanan supaya kelihatan lazat dan menyelerakan. 5. Gunakan props yang mi

Teknik FLATLAY

Image
Secara mudahnya, ia bermaksud teknik mengambil gambar dari atas dengan sudut tegak. Objek diletakkan di atas permukaan rata. Biasanya teknik ini digunakan untuk makanan, baju, aksesori, alat mekap dan lain-lain. Ada beberapa perkara asas yang perlu diambil perhatian : 1. Latar (background) Permukaan dan latar foto menjadi hal utama dalam teknik ini. Saya gemar menggunakan background putih,sebab objek akan nampak lebih menonjol dan gambar nampak 'clean'. Selain warna putih, latar tekstur kayu pun cantik. 2. Pencahayaan Cahaya semulajadi (cahaya matahari), adalah sumber cahaya terbaik. Gambar nampak lebih 'hidup'. Kebiasaannya, saya gemar snap gambar waktu petang, masa tu cahaya matahari tak terlalu terik. Tapi cahaya 'buatan sendiri' pon boleh juga. 3. Tema Setiap gambar yang diambil seharusnya mempunyai tema. Gambar di bawah menunjukkan tema minum petang (ada sepiring kuih/snek, secawan kopi & bunga sebagai hiasan).  4. Susun atur obje

Perkhidmatan Fotofon Produk

Image
Berminat untuk mendapatkan gambar yang cantik, menarik daboomb untuk produk anda?. Ini terma & syarat untuk servis fotofon saya : - Saya buka untuk produk yang boleh dipos sahaja. Untuk produk yang kecil, mungkin saya perlukan lebih dari 1 unit (akan diposkan semula selepas selesai fotofon, dengan kos pos ditanggung oleh pemilik produk). Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk sampai kepada saya dalam keadaan tidak sempurna (pecah atau rosak) - Gambar yang sudah siap di edit akan disubmit dalam tempoh 5-7 hari bekerja. - Anda juga dialu-alukan untuk maklumkan nak style macam mana, nak letak apa dalam gambar (props) dan apa sahaja idea yang berkaitan. - Harga untuk sekeping gambar RM25. (yang dah siap edit & letak caption).  Caption boleh inform nak letak apa, tapi digalakkan jangan panjang-panjang. BONUS : Pada anda yang beli 4 keping saya akan review sekali di FB : https://www.facebook.com/ummu.amar Oh ya, 4 keping tu akan di shot dari