Tips Hasilkan Gambar Makanan Yang Meleleh!

1. Gunakan cahaya semulajadi.
Cahaya semulajadi (matahari) adalah sumber cahaya yang terbaik. Elakkan guna lampu buatan atau flash dari lensa kamera fon anda.

2. Cari tempat/kawasan yang sesuai.
Ambil gambar makanan tidak semestinya dari dapur sahaja. Mungkin cahaya terbaik di waktu pagi ada di ruang tamu rumah anda. Manakala cahaya matahari yang cantik di waktu petang pula di dalam bilik.

3. Ambil gambar dari pelbagai sudut yang berlainan.
Ada makanan yang sesuai di ambil dari atas seperti pizza. Ada pula lebih cantik & menyelerakan jika di ambil dari sisi seperti beger. Bagi minuman pula, ia lebih sesuai di shot pada sudut 45 darjah. 

4. Susun atur (styling) makanan. 
Susun/aturkan objek di atas background supaya nampak cantik & kemas. Objek boleh diletakkan secara rawak (berselerak) atau dalam keadaan tersusun. Pendek kata, terpulang pada kreativiti masing-masing. Rakamkan keenakan dan rupa makanan supaya kelihatan lazat dan menyelerakan.

5. Gunakan props yang minima dan simpel.
Peralatan yang terlalu banyak boleh 'menenggelamkan' subjek. Cukup sekadar 1-2 alatan sahaja.

6. Biarkan comot.
Tepung, kulit telur yang berselerak membuatkan gambar nampak 'hidup' sekaligus menunjukkan kita sedang sibuk bekerja. Hehe
















Comments

Popular posts from this blog

Teknik FLATLAY

Perkhidmatan Fotofon Produk